ro2blog.blogspot.com - VAPE?????VAPE MELETUP, BIBIR KENA 6 JAHITAN
Seorang pengguna vape di sini terpaksa menerima enam jahitan di bibir selepas alat itu meletup ketika hendak disedut, Khamis lalu. Berikutan kejadian itu, peniaga, Salleh Awang Hat, 33, serik untk terus menggunakan vape.
"Saya dan saudara terdekat sudah tak lagi menghisap vape selepas kejadian vape meletup hingga terpaksa menerima enam jahitan, " kata Salleh / lebih dikenali sebagai Lan ketika ditemui di sini, petang tadi memetik Berita Harian.
Insiden letupan vape membabitkan Lan itu viral di laman sosial malah mengundang pelbagai kritikan. Sehubungan itu, Lan minta supaya orang ramai tak membuat andaian sendiri mengenai kejadian yg menimpanya dan menasihatkan pengguna vape supaya lebih berhati-hati meneliti komponen vape sebelum menggunakannya.
Lan berkata, dlm kejadian itu kira-kira jam 9 malam Khamis lalu, dia menghidupkan vape untk disedut, tetapi ia meletup sebelum sampai ke bibir. "Vape itu meletup dan hujung vape (bahagian penyedut) itu tercabut ibarat peluru ditembak tetapi mujur tak kena pd muka.
Hanya belerang yg meletup dan terbakar di muka dan bibir saya. "Nasib saya baik kerana belum sempat menyedutnya kalau tak ibarat meletak pistol ke dlm mulut. Saya jg bersyukur kerana tak buta, " katanya.
Katanya, insiden itu terjadi selepas sehari menimang cahaya mata pertama dan bersyukur kerana vape itu meletup sebelum dia menyedutnya. Lan berkata, dia tak membuat sebarang ubahsuai pd vape dan alat itu bukan dibeli dgn harga murah yg menyebabkannya meletup.
"Saya sudah lama memakai vape itu memang tiada masalah sebelum ini. Saya sendiri tak tahu apa punca sebenar ia meletup tapi saya difahamkan ia mungkin berpunca daripada bateri "Saya harap komen di laman sosial tak membuat andaian sendiri dan mengaibkan saya kerana ia memaparkan gambar saya yg turut dikenali oleh saudara dan rakan Saya harap orang ramai faham dgn situasi saya, " katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, ketika dihubungi berkata pihaknya tak menerima sebarang laporan membabitkan kejadian itu - Bharian
other source : http://reddit.com, http://news.detik.com, http://juarasensasi.blogspot.com
0 Response to "Vape?vape Meletup, Bibir Kena 6 Jahitan"
Post a Comment