ro2blog.blogspot.com - Cara Mendidik Anak Menurut Islam Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yg bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yg beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dgn kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dlm kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.
Membentuk Dunia Kanak-kanak
Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yg sesuai untk membesarkan anak dgn sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dlm kehidupan rumahtangga terlebih dahulu. Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dlm kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dgn benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yg mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan / harta semata-mata. Sabda Rasulullah yg bermaksud: " wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yg beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"
Ketika Anak Dalam Kandungan
Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dlm kandungan ibunya. Pendidikan pd peringkat ni lebih bercorak kerohanian, iaitu:
1) Bagi ibu-ibu yg mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yg bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yg soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
3) Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yg halal supaya benih yg bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yg halal. 4) Ibu hendaklah makan makanan yg berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dlm kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yg mengandung untk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya. 5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dgn perubahan perubahan yg berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yg bakal melahirkan anak yg pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dlm kandungannya itu adlh sebahagian daripada dirinya. Ketika ni para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yg kuat kepadanya
Setelah Anak Dilahirkan
Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.
Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yg bermaksud: " Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pd telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"
(Riwayat Abu Daud dan Termizi) Sebagai suapan yg pertama, sunat bayi disuapkan dgn manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dlm sebuah riwayat mengatakan: "Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dgn buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dgn melakukan ibadah aqiqah untk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dgn subur dan sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud: "Setiap anak yg baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dgn menyembelih kambing pd hari ke tujuh, diberi nama pd hari itu dan dicukur kepalanya". ( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa) Bagi ibu yg menyusukan anak, ia perlu makan makanan yg halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dgn kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya. Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dgn percakapan yg baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yg seumpamanya.
Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun.
Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yg lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yg sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yg dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
Menurut pandangan Islam, pd peringkat ni anak-anak wajar didedahkan dgn latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yg wajar didedahkan pd peringkat ni ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yg baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yg mulia hendaklah mula diterapkan dlm bentuk latihan amali seperti:
1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adlh amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yg masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dpt mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yg lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yg bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yg lebih tua adlh orang yg lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya. 3) Mengajar anak bercakap / bergaul dgn baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dgn pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dgn apa yg didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur / memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yg paling sopan bukannya dgn bahasa yg kesat, kasar dan keras. 4) Mengajar anak-anak adab bergaul dgn rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tak berbangga / meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti / mengambil hak orang lain .
5) Mengajar anak adab makan minum yg baik; sifat / sikap yg tak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dgn adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dgn sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan. 6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yg dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. 7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur. 8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dlm tandas seperti membaca doa, menutup kepala, membelakangkan qiblat dan sebagainya.
Kesimpulan
Anak-anak merupakan amanah Allah yg perlu dididik dgn sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yg soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yg berperanan mencorak dan melukiskannya dgn warna-warna menarik yg menjadi amalan dan cara hidup Islam.

0 Response to "Cara Mendidik Anak Menurut Islam"
Post a Comment