This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Misteri Shopping Mall Menggamit Pengunjung - Hiburan

ro2blog.blogspot.com - kisah kali ni Nh akan mengetengahkan tentang satu misteri yg pernah mengemparkan rakyat johor umumnya, ensiden ni berlaku pd tahun lalu.. tentu ramai diantara kita yg telah mengetahuinya.. Kisah banggunan Kemayan city yg telah lama terbengkalai selama 10 tahun ni dikatakan berhantu..Misteri Shopping Mall Menggamit Pengunjung NH pernah sekali lalu jalan belakang Kemayan city ni.. memang menyeramkan.. banggunannya yg dah lusuh dan keadaan kawasan yg bersemak samun menambahkan lagi keseraman pd banggunan kemayan city, jika korang memandu ke bandaraya johor bahru, melalui jalan skudai-tampoi korang akan lalu dihadapan banggunan ini.. hati-hati lah yer.. jangan sampai korang ber shopping sakan pula kat mall ni heh..huhu.. Misteri Shopping Mall Menggamit Pengunjung Dikatakan sudah ramai yg diganggu oleh penghuni yg menetap didalam kemayan city, ada yg masuk ke dlm banggunan ni untk mencari sarang burung walid, dan bila balik rumah, anaknya menangis tak henti-henti.. sehingga dibawa berubat barulah anaknya itu pulih..
Seorang penuntut yg baru balik ke johor dan ketika melalui banggunan kemayan city ternampak pasaraya besar ni meriah dgn tetamu yg berkunjung, mujurlah dia yg kepenatan tak terus singgah ke banggunan tersebut, bila ditanya pd ibu bapanya, mereka mengatakan kemayan city sudah lama terbengkalai dan tak pernah beroperasi.. Misteri Shopping Mall Menggamit Pengunjung Ada jg sumber yg mengatakan yg seorang rakannya pernah singgah makan malam di kemayan city, pd esoknya beria-ria dia bercerita pd rakan-rakan yg lain.. mereka yg mendengar hanya berpandangan sesama sendiri.. agak-agak apa yg dimakannya tu ek?? huu seram....
Pengalaman yg ditempuh oleh seorang brother ni, yg menghantar email ke stesen radio ria di singapura dlm rancangan misteri jam 12 ni tak kurang hebatnya, dia yg ditugaskan memantau kawasan yg menyebabkan pembiakan nyamuk eades di kawasan dlm banggunan tersebut diganggu oleh penampakan lembaga sedang mencangkung diatas tangga serta satu lagi lembaga sedang melekap di dinding banggunan berkenaan... Misteri Shopping Mall Menggamit Pengunjung Tapi kisah misteri kemayan city yg paling tip top adlh kisah yg dialami sendiri oleh satu keluarga warga singapura yg mengatakan shopping kompleks itu meriah dgn pengunjung.. mari kita baca kisah yg NH ambil dari harian metro..
JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dgn membawa daun kering / barangan dibeli lenyap begitu saja.
Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yg mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yg sebenarnya tak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pd 1998.
Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pd Jun tahun lalu.
Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pd satu malam, ketika mereka dlm perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yg bergemerlapan dgn lampu aneka warna dan meriah dgn kunjungan orang ramai. Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adlh majlis pembukaan pusat beli-belah yg diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.
Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yg perlu singgah sebelum balik ke Singapura.
Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yg terletak tak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.
Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.
Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yg didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yg ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.
Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.
Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pd satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yg berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.
Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu, katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yg meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yg mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City. Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yg sentiasa mencari jalan untk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
Imam An-Nawawi dlm kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yg pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu, katanya. Katanya, dlm hadis yg diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah / bangunan yg dibiarkan kosong dan kotor untk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yg dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.
Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yg tak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yg boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi, katanya. Sumber : Harian Metro Dah baca? nak tengok video pulak? hah jom layan video dibawah ni..



0 Response to "Misteri Shopping Mall Menggamit Pengunjung - Hiburan"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *