This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Korban nahas pesawat C130 Indonesia - Hiburan

Korban nahas pesawat C130 Indonesiaro2blog.blogspot.com - Anggota penyelamat, termasuk bomba, tenteram, polis dan penduduk tempatan memenuhi sekitar bangkai pesawat Hercules C130 dlm usaha mencari dan mengeluarkan mangsa.
Medan: Empat puluh sembilan mayat mangsa pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Indonesia yg terhempas ke kawasan penempatan di Medan tengah hari tadi, sudah ditemui tapi jumlah kematian dipercayai sekurang-kurangnya 116 orang.
Pemerintah Tentera Udara Indonesia, Marshall Udara Agus Supriatna, berkata berdasarkan senarai penumpang, pesawat itu membawa 113 orang iaitu 12 anak kapal dan 101 penumpang dan setakat ni tiada tanda ada yg terselamat.
"Tidak, tidak. Tiada yg terselamat. Saya baru saja kembali dari tempat kejadian, " katanya kepada AFP. Menurutnya, sehingga jam 8 malam tadi, 49 mayat sudah ditemui dan dibawa ke hospital.
Ramai penumpang dlm pesawat itu ialah ahli keluarga anggota tentera dan pasukan penyelamat sudah menemui satu mayat kanak-kanak.
Pasukan penyelamat menyatakan tiga penduduk kawasan penempatan itu terbunuh apabila pesawat berusia 51 tahun berkenaan terhempas menghempap rumah sebelum terbakar, mengenai satu pusat urutan dan sebuah hotel kecil.
Menurut Agus, juruterbang memberitahu menara kawalan pesawat itu perlu berpatah balik kerana mengalami masalah enjin.
Pesawat terhempas ketika ia berpusing ke kanan untk berpatah balik ke lapangan terbang, katanya. Pesawat itu berlepas pd jam 12:08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan tentera udara di Medan dan terhempas dan meletup dgn api menjulang kira-kira-kira dua minit kemudian, kira-kira lima kilometer dari pangkalan itu.
Ia adlh tragedi kedua dlm masa 10 tahun pesawat terhempas di Medan. Pada September 2005, pesawat Boeing 737 milik Mandala Airlines terhempas ke atas kawasan perumahan sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Polonia, Medan, membunuh 143 orang, termasuk 30 mangsa di darat.
Medan yg mempunyai 3.4 juta penduduk ialah bandar ketiga terbesar Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. - Agensi - See more at: http://hmetro.com.my/node/61217#sthash.1pikisTO.dpuf

LIHAT FOTO-FOTO 18SG DI SINI

other source : http://youtube.com, http://log.viva.co.id, http://viralberita.blogspot.com



0 Response to "Korban nahas pesawat C130 Indonesia - Hiburan"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *